Pages

Friday, April 6, 2012

beautiful night ever :)


Cantik bulan malam ni. Ia begitu terang dan kelihatan sungguh indah. Segala beban yang terpendam selama ni hilang begitu ja. Tiada apa yg dapat aku katakan lagi, kerana baru kali ini aku rasa hati aku tenang mcm org yg langsung tiada masalah.

Keindahan cahaya bulan malam ni mengingatkan aku suasana di kampung dulu. Malam tuh satu kampung gelap, blackout. Masa tuh aku baru berumur 6 tahun, aku menyanyi lagu "bintang kecil" sambil melihat pemandangan dari balkoni rumah lama yg terletak d atas bukit itu. Hanya bulan dan bintang yg menerangi langit. Awan bagaikan mengerti dengan membersihkan langit supaya hanya bulan dan bintang sahaja yang kelihatan. Seperti keadaan malam ini, sungguh indah ciptaan-Nya.


No comments: